This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, August 6, 2011

Pengertian Teknologi Pendidikan

Pengertian Teknologi Pendidikan
By definition, technology is applied knowledge. As we apply our knowledge to our home, work, and education, we use technology daily without thinking much about it. Technology should be a way in which we improve our lives. In education, technology is using our knowledge to improve what and how we and our students learn, grow, and develop on many levels .

Technology :
  1. Human innovation in action that involves the generation of knowledge and processes to develop systems that solve problems and extend human capabilities.
  2. The innovation, change, or modification of the natural environment to satisfy perceived human needs and wants.

Educational technology - Using multimedia technologies or audiovisual aids as a tool to enhance the teaching and learning process.

Technology education - A study of technology, which provides an opportunity for students to learn about the processes and knowledge related to technology that are needed to solve problems and extend human capabilities.

Educational Technology & Technology Education
Educational Technology (Information Technology)
Technology Education (Technological Studies)
  • Teaches with technology (uses technology as a tool)
  • Teaches about technology as a content area
  • Primarily concerned with the narrow spectrum of information and communication technologies
  • Concerned with the broad spectrum of technology (How humans have designed & innovated the natural world)
  • Primary goal: To enhance the teaching and learning process
  • Primary goal: Technological literacy for everyone


Educational Technology

A complex, integrated process involving people, procedures, ideas, devices, and organization, for analyzing problems, and devising, implementing, evaluating and managing solutions to those problems, involved in all aspects of human learning .

Video

Pelbagai bentuk dan format alat perakam video (VCR Video Cassette Recorder) VCR menggunakan pita magnetik untuk merakamkan bahagian video (gambar) dan bahagian audio (suara).
Bentuk Alat Perakam Video
1. Jenis Rel Terbuka
Perakam mi menggunakan pita magnetik lebar 5.0 cm (2 mci) yang diletak pada satu gelendong yang besar (serupa dengan gelendong pita audio rel terbuka).
2. Jenis U Matic
Ini ialah bentuk pita video yang telah direkacipta oleh Syarikat JVC Jepun. Lebar pita dikecilkan 1.9cm dan diletakkan di dalam satu katus khas.

3. Bentuk VHS, Beta, Video 2000
  • pita video dengan lebar 1.27 cm (1/2 mci).,
  • VHS (Video Home System) oleh Syarikat JVC
  • Beta oleh Syarikat Sony.
  • Video 2000. syarikat Philips (Eropah)
4. Bentuk 8 mm
perkembangan yang terbaharu -pita video selebar 8 mm (0.31 inci). Perakam khas diperlukan untuk menggunakan pita tersebut. Jenis VHS-C boleh digunakan dengan satu adaptor untuk dimasukkan ke dalam perakam VHS biasa.
5. Jenis Laser Disk
Piring plastik bersalut aluminium digunakan untuk merakamkan isyarat digital dengan menggunakan laser. Isyarat-isyarat digital ditukar menjadi isyarat audio dan video oleh pemain videonya.

Membuat Rakaman Dengan Alat Perakam Video
  1. Rakaman ‘On Air'
  2. Rakaman ‘Off Air'
  3. Rakaman Secara Terus

Rakaman ‘On Air'
Rakaman ‘on air' ialah rakaman yang dibuat semasa siaran TV sedang dipancarkan oleh stesen pemancar TV.
(a) Talakan VCR ke saluran/stesen yang diperlukan.
(b) Pastikan masa siarannya. Lihat jadual waktu siaran.

Rakaman secara terus
Kamera video disambungkan dengan kabel audio/video kepada soket-soket audio in dan video inpada VCR ataupun kepada soket CAMERA pada alat perakam.
Rakaman terus boleh juga dibuat dengan menggunakan satu set camcorder (camera recorder).Melalui set ini, anda tidak perlu menyambungkan sebarang soket pun.

Membuat Penggambaran Dengan Kamera Video
Pertama: sediakan pelan kisah dan skrip penerbitan.
Kedua: kadar pencahayaan. Kadar ini diukur dalam unit lux. Secara kasamya 1 lux adalah bersama dengan cahaya yang dikeluarkan oleh satu nyalaan lilin pada jarak 30 cm.
Terdapat kamera video yang mempunyai had minimum cahaya sebanyak 100 lux, 10 lux, 7 lux atau 3 lux. Semakin kecil nombor luxnya, semakin sensitiflah kadar penerimaan cahaya pada kamera tersebut, iaitu kamera boleh membentuk imej walaupun kadar cahaya adalah kurang.
Ketiga: kawalan perimbangan cahaya putih (white balance). Perimbangan cahaya putih yang sempuma akan menentukan pembentukan warna-wama yang sesuai mengikut kadar pencahayaan yang ada pada sesuatu tempat. Tiub gambar kamera video direka supaya dapat membentuk warna-wama seperti yang terdapat pada spektrum cahaya putih (pada waktu siang hari). Dalam cahaya mentol, spektrum warna yang terhasil adalah kekuningan. Oleh itu, kamera video akan cuba membentuk wama berdasarkan spektrum yang ada. ini dilakukan dengan menggunakan satu saring cahiaya khas yang dapat mengubah suhu cahaya ambien.
Keempat: ialah kesinambungan adegan. Adegan-adegan berasingan perlu ada penyelarasan agar tidak ada gangguan (glitch) di antara adegan­-adegan yang berlainan.
  • Cara ikut sekuen . Adegan-adegan digambarkan berdasarkan skrip penerbitan pelan kisah
  • Cara luar sekuen . Adegan-adegan digambarkan mengikut kesesuaian masa, tempat dan waktu.
Penggainbaran ikut sekuen adalah kaedah yang paling mudah sekali. Cara luar-sekuen mernberi hasil yang lebih baik kerana perancangan yang lebih rapi dan teliti diperlukan untuk sesuatu adegan itu.
Kelima: ialah penghasilan dan penggambaran grafik.
  • (a) Pengenalan
    Logo penerbitan
    Tajuk penerbitan
    Kredit - senarai nama kakitangan penerbitan
  • (b) Grafik persembahan
    Peta
    Gambarajah
    Pelan lokasi
    Teks, dli
  • (c) Kapsyen
    Sarikata
    Teks tambahan
    Alih bahasa, dli

Tiga bentuk grafik boleh disediakan, iaitu:
(a) Cara manual
Grafik/teks ditulis atau dilukis sendiri di atas kertas tebal dan keras berukuran dalam nisbah 3:4 Tinggalkan sedikit kawasan di sekeliling kad itu sebagai kawasan selamat untuk fokus.
(b) Cara kamera
Beberapa jenama kamera video mempunyai keupayaan untuk menghasilkan teks secara automatik. Teks boleh digunakan sebagai tajuk utama dan juga kapsyen yang pendek.
(c) Cara komputer
Komputer peribadi boleh digunakan untuk menghasilkan grafik untuk digabungkan dengan adegan-adegan dan kamera video.

Keenam: proses produksi terakhir. Proses mi melibatkan suntingan dan dubbing suara dan kesan bunyi khas.
Untuk membuat audio dubbing dengan sempurna, VCR yang mempunyai beberapa fungsi khas seperti INSERT EDIT dan AUDIO DUB diperlukan.
INSERT EDIT — fungsi menyunting gambar video dengan cara menyelit adegan-adegan pada tempat-tempat tertentu pad a rakainan sedia ada.
AUDIO-DUB — fungsi merakam semula trek suara tanpa mengganggu trek video (gambar)

Slaid dan Filem Jalur

Slaid satu siri filem yang diletak dalam bingkai, dikenali sliad 2 x 2 (inci) atau 50 x 50 (mm).
Sebelum menyediakan slaid atau lain-lain media selalu pertimbangkan perkara-perkara berikut;
  • Idea anda; tujuan (mendorong, memberi maklumat, pengajaran), sasaran
  • Objektif; garis kasar kandungan; pengolahan, gambaran cerita
  • Sediakan skrip adengan demi adengan
  • Pilih pembantu, menyediakan visual dan bahan audio.

Kebaikan-kebaikan Slaid
  1. Menarik minat, berkongsi maklumat dan pengalaman yang sama
  2. Memberi penegasan dan peneguhan pada topik2 tertentu
  3. Membantu memperbaiki kemahiran
  4. Pegalaman baru
Dalam P&P
  1. Tidak begitu mahal dan mudah digunakan
  2. Projektor salid mudah dikendalikan
  3. Slaid adalah kecil dan mudah disimpan
  4. Slaid dapat menunjukkan sesuatu objek dengan tepat dan jelas
  5. Dapat memberi peneguhan yang lebih lengkap
Kelemahan Slaid
  1. Sukar untuk dibuat sendiri oleh guru.
  2. Memerlukan bilik unjuran yang gelap atau separuh gelap
  3. Memerlukan bekalan kuasa elektrik
Slaid boleh dilihat dengan cara ;
  • Biasa
  • Unjuran

Audio

Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik melalui kabel atau udara.
Secara ringkasnya, media audio terdiri daripada satu sumber bunyi/ suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio, dan satu sistem penerimaan audio.
Media audio adalah komunikasi sehala. Untuk mengatasi hal ini dalam keadaan-keadaan tertentu, program-program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan bercetak atau teknik perbincangan atau pembentangan kertas kerja dalam kelas.
Kebaikan Media
  1. Audio adalah satu kaedah penyampaian pengajaran-pembelajaran yang mudah dan berkesan.
  2. Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan, serta mudah digunakan oleh guru ataupun murid.
  3. Perisiannya boleh digunakan dengan tahap kebolehan murid.
  4. . Bahan audio boleh digunakan untuk kumpulan atau individu dengan mudah.
  5. Penggunaannya boleh memberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid yang buta huruf.
  6. Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan melalui pembacaan sahaja.
  7. Peralatan audio, seperti perakam kaset adalah mudah alih, yakni dapat digunakan di mana sahaja, dan seterusnya, semua orang tahu serta dapat mengendalikan peralatan tersebut dengan mudah.
Kelemahan Media Audio
  1. Kaedah persembahan daripada peralatan audio adalah terhad kepada sekuen atau urutan rancangan yang telah dirakamkan itu.
  2. Kanak-kanak kurang memberi perhatian kepada persembahan audio kalau tiada pengawasan rapi daripada guru.
  3. Perbelanjaan awal untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan audio adalah tinggi.
  4. Penghasilan bahan pengajaran audio yang bermutu memerlukanjangka masa yang lama.
  5. Penentuan kadar penerimaan ataupun pencapaian objektif penggunaan bahan audio agak sukar diketahui sekiranya murid terdiri daripada kumpulan yang mempunyai pelbagai pencapaian dan pengalaman yang berbeza-beza.
  6. Penyimpanan atau koleksi bahan audio seperti pita audio/piring hitam dan sebagainya adalah sukar memandangkan bahan pita magnetik memerlukan tempat penyimpanan yang sempuma.
Perakam Audio dan Pita Audio
Terdapat dua bentuk asas perakam audio, iaitu perakam reel terbuka (open reel) dan perakam kaset.
Kedua-dua bentuk perakam audio ini mempunyai alatan kontrol yang serupa. Jenis perakam rel-terbuka menggunakan pita magnetik yang dilekatkan pada gelendong yang besar. Untuk jenis perakarn kaset, pita magnetikinya diletakkan di dalam sebuah kotak khas yang dapat menghalang kesan-kesan habuk dan kotoran lain daripada mudah melekat pada permukaan pita tersebut. Secara keseluruhannya, perakam kasetjauh lebih mudah dikendalikan, lebih ringan dan boleh digunakan dengan kuasa bated kering biasa.
Perakam kaset/Radio kaset
Radio kaset atau perakam kaset boleh didapati dalam dua bentuk utama, iaitu perakam sahaja, danperakam dan radio bersama.
Bentuk perakam sahaja boleh didapati dalam bentuk deck dan mudah bawa (portable) yang boleh digunakan dengan pita kaset jenis kaset padat (compact-cassette) dan kaset mikro (microcassette).
Bentuk perakam dan radio atau Iebih dikenali sebagai radio kaset boleh terdapat dalam jenis midikompo, minikompo dan mudah bawa.
Penguat Suara (Amplifier)
Unit elektronik digunakan untuk menguatkan atau meninggikan isyarat audio dan mikrofon atau radio kaset atau deck untuk disalurkan kepada pembesar suara.
Terdapat beberapa jenis amplifler tetapi untuk tujuan sekolah hanya dua jenis yang akan dibincangkan, iaitu:
  • preamplifier, dan
  • amplifier utama
Preamplifier
alat pertama yang selalu disambung di antara input audio seperti mikrofon atau ‘tape-head' atau ‘pick-up' dengan amplifier utama.
Preamplifier digunakan untuk memperbaiki. membetulkan, menambah atau mengurangkan kesan-kesan input yang tertentu seperti:
  1. Menyaringkan suara yang agak rendah.
  2. Merendahkan sedikit suara yang terlalu nyaring.
  3. Meninggikan suara yang agak rendah
  4. Menaikkan frekuensi bunyi tertentu.
Ampltfier utama
menyelaraskan keseluruhan kesan bunyi yang bakal disalurkan kepada pembesar suara. Ia merupakan komponen yang sangat diperlukan sementara unit preamplifier adalah opsyenal. Kekuatan atau kebolehan unit ampljfier bergantung kepada kadar input dan output unit ini.
Input bererti ruang masukan yang boleh disambung dengan amplifier tersebut. Amplifier yang kecil mungkin mempunyai dua input saja; satu untuk mikrofon dan satu lagi untuk pita. Dan segi kekuatan,amplifier jenis ini kurang bertenaga kerana ruang inputnya adalah terhad.
Output bererti kekuatan padu ampljfler yang dapat mengeluarkan daya bunyi dengan kekuatan tertentu. Biasanya Output disukat dalam beberapa unit seperti PMPO atau Peak Output atau RMS (Root Mean square). Kalau nombor unit outputnya besar, maka amplifier itu berkuasa tinggi dan boleh digunakan dengan pembesar suara yang besar.

Mikrofon
Fungsi utama mikrofon ialah untuk menukar tenaga bunyi menjadi tenaga elektrik.

Pita Kaset
(a) Pita terbuka (open-reel)
Boleh didapati dalam rel atau gelendong garis pusat 13 cm, 18 cm dan 26.5 cm, sama ada dengan pita magnetik berjenis biasa, long play atau double play.
SPLPDP
13 cm15 mm23 mm30 mm
18 cm30 mm45 mm60 mm
26.5 cm60 mm90 mm120 mm

(b) Pita kaset
Pada dasamya, pita kaset adalah satu unit sistem rel terbuka yang ditempatkan secara kekal dalam satu kaset plastik. Pita magnetik selebar 3.74 mm dilekatkan pada relnya.
Pita kaset dikenali berdasarkan jumlah masa rakamannya:
C15 7.5x2=l5min
C30 15x2=30min
C60 30x2=60min
C90 45x2=90min
C120 60x2=l20min
Saiz pita kaset adalah standard. Hasil rakaman tidak begitu baik berbanding dengan jenis rel terbuka, tetapi dengan kemajuan dalam bidang elektronik, mutu rakaman pita kaset boleh setanding dengan jenis rel terbuka. Pergerakan pita dalam pita kaset ditetapkan pada kelajuan 4.8 cm/s.
Kebaikan dan Kelemahan Pita Audio
  1. Rakaman audio mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.
  2. Pita boleh digunakan berulang kali, iaitu rakaman boleh dipadam dan rakanian baru dilakukan sernula.
  3. Pita kaset mudah dikendalikan sama ada untuk disimpan ataupun dibawa.
  4. Pita yang rosak atau putus boleh diperbaiki dengan mudah.
  5. Kualiti suara rakaman pada pita akan menjadi kurang kalau digunakan terlalu kerap ataupun disimpan terlalu lama.
  6. Mencari atau mendapatkan bunyi/suara/kesan tertentu pada pita kaset adalah sukar dan lambat.
  7. Mutu rakaman yang dibuat sendiri kurang memuaskan kecuali peralatan khas digunakan.
[Kini peta audio tidak begitu popular - ia telah digantikan rakam audio digital, mudah dikendalikan dan diedit dan ditambah dengan kesan-kesan lain]
Menyediakan Skrip Audio
Dua jenis skrip perlu disediakan;
•  Skrip dialog/komentar:
Skrip yang mengandungi dialog atau komentar yang bakal dibaca.
•  Skrip penerbitan:
Mengandungi dialog/komentari dan rahan2 tambahan penerbitan seperti jumlah masa rakaman, jenis muzik latar, kesan2 bunyi tambahan, 'cue' untuk masuk muzik dan kesan2 bunyik dll.
Langkah2 Menyediakan Skrip.
  • Mulakan dengan satu idea
  • Pecahkan idea kepada beberapa bahagian kecil.
  • Buat satu pelan kisah berdasarkan bahagian2 kecil tadi - rancang secara kasar dialog/komentar di atas kepiingan kertas kecil yang berasingan.
  • Susun kertas2 itu mengikut perkembangannya
  • Tulis semula skrip dengan sempurna; gubah skrip penerbitan
Skrip Penerbitan Audio:
Skrip penerbitan dibuat dalam format di bawah (contoh):
Skrip Penerbitan : ……………………………………..
Tajuk: …………………………………………
Tahap: …………………… Jangka Masa: ………………….
Penerbit: ………………………………………….
Visual
Audio/Arahan
1
 
2
 

Transparensi

Dapat mempersembahkan konsep, proses, fakta, statistik, garis kasar, dan rumusan secara visual kepada kumpulan kecil hingga ke saiz besar. Transparesi digunakan bersama dengan OHP (Overhead Projector).
Sesiri transparensi adalah serupa dengan mana-mana media pengajaran yang lain, ia memerlukan perancangan dan penyediaan yang sistematik.

Jenis2 Filem Transparensi
  1. Jenis tulis dengan pen khas
    -Pelbagai ketebalan; biasa cerah, terdapat juga berwarna; bahan lutsinar lain juga boleh digunakan.
  2. Jenis "thermal" / peka haba
    -Filem T biasa yang mempunyai permukaan bersalut lapisan kimia peka haba.
    -Dengan alat pembuat stensil thermal
  3. Jenis "photocopy" / salin foto
    -Menggunakan mesin fotokopi atau pencetak laserjet
  4. Jenis cetakan dengan pencetak injek
    -Permukaan sebelahnya kesat, bahagian kesat ini yang akan dicetak.
Penyediaan Trensparensi
  1. Huruf paling sesuai 18 poin; atau tinggi huruf ¼ inci; Dengan pen teknikal saiz minimum 0.5 mm dan pembaris 5mm.
  2. Jarak maksimum penonton dengan imej 8T (8 x tinggi imej)
  3. Setiap keping transparensi sebaik-baiknya mengandungi 6 atau 8 baris ayat dang setiap baris mempunyai 6 atau 8 perkataan.
  4. Gunakan huruf besar untuk tajuk, dan kurang dari 5 perkataan
  5. Padankan warna hurf dengan latar belakang supaya mudah dibaca.
  6. Setiap keping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip kesederhanaan; iaini tidak terlalu banyak teks atau visual, sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.
  7. Transparensi berbentuk melintang lebih baik; ia mengurangkan kesan herotan dan darjah penglihatan menjaid lebih luas dan terng.
  8. Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod, supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog.

Bahan 2D dan 3D

Bahan 2D dan 3D yang boleh membantu pengajaran secara beramai-ramai, individu atau berkumpulan, bergantung kepada bagaimana pengurusannya. Contoh-contoh Bahan dan Penghasilannya:
  • Papan putih dan Papan hitam.
  • Membesarkan media:
  • Kaedah grid
  • Kaedah projektor
Carta & Carta dinding:
  • Cukup popular kerana mudah digunakan
  • Graf, carta bar, histograms, pai,
  • jadual, carta organisasi
  • Carta alir
  • Poster:
Seharusnya menarik; menyampaikan mesej dengan jelas, mudah dengan sekali pandang;


Bahan 3D

Boleh dikelas kepada: mobile/mudah alih, model, diorama.
Mobiles : selalunya merupakan carta 3D, yang mana mengandungi beberapa komponen yang berhubung / bersambung, dan ia boleh ditanggalkan . Dia boleh dipaparkan dalam pelbagai keadaan. 


Subjek-subjek yang biasa dapat digunakan;


Perbandaharaan kata asas:  
Geografi; Biologi; Kimia; Fizik; ERT; Sejarah;
dan mungkin juga Agama.

Model:
Untuk mengambarkan benda sebenar atau yang abstrak.
Penggunaannya yang biasa ialah;
  • Kecilkan objek yang besar, atau besarkan objek yang kecil.
  • Menunjukkan struktur dalaman objek atau sistem
  • Menunjukkan pengerakkan
Diorama:
Kombinasi 3D model bangunan, orang, dan bentuk2 lain dengan
latar belakang 2D yang dilukis. Dia boleh digunakan oleh pelbagai
subjek.

Media Cetak

Prinsip Asas Rekabentuk Bahan Bercetak dan Salinan
Bagaimana Mereka bentuk Dan Merancang Bahan?
  1. Kenal pasti peranan pengajaran khusus yang anda kehendaki bahan dapat memain peranan:
    - Teliti objektif pembelajaran yang hendak dicapati
    - Pastikan bahagian2 P&P yang dapat dibantu oleh bahan.
  2. Rumuskan rancangan asas untuk bahan
    - format, kandungan, struktur
  3. Tulis dan rekabentuk bahan2.
    - kreativiti, tulis idea, buat lakaran/rekabentuk
Sesuaikan kandungan dengan objektif dan sasaran:
(a) Apa yang pembaca mesti tahu selepas menggunakan bahan?
(b) Apa yang melebihi (a), seharus pembaca tahu selepas ….?
(c) Apa yang melebihi (a), (b) seharus berguna jika pembaca
telah mengetahu selepas …?

Panduan berguna penulisan berkesan:
1. Tulis sebagaimana anda bercakap
2. Guna orang pertama
3. Gunakan pertentangan
4. Cakap terus kepada pembaca
5. Tulis tentang manusia, benda dan fakta
6. Guna kata kerja aktif dan subjek orang
7. Guna kata kerja dari sifat dan kata nama
8. Guna ayat yang pendik
9. Guna paragrap yang pendik
10. Guna soalan rhetorical
11. Daramatiza yang mana mungkin
12. Guna ilustrasi, contoh dan kajian kes.

Bahan Media

Jenis-Jenis Bahan/Media


1. Media cetak
2. Bahan 2D dan 3D
3. Transparensi & OHP
4. Rakaman Pita Audio
5. Siri Slaid dan Filem Jalur
6. Rakaman Pita Video dan Cakera Video
7. Media Pembelajaran Interaktif

Perancangan merupakan asas penting dalam membina bahan P&P.
Perancangan mungkin bersifat
  1. Berstruktur : susunan, urutan komponen yang logik, dan gabungan bentuk mesej yang seragam
  2. Bebas : dilanbangkan dari pemikiran kreatif.
Suatu analisis bagaimana proses pemikiran kreatif digunakan dengan jayanya, langkah berikut boleh membantu;
  1. Keinginan : - dorongan awal untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang anda prihatin
  2. Penyediaan : - kumpul maklumat yang berkait dengan masalah, seperti yang diperlihatkan melalui peringkat perancangan pengecaman khalayak, spesifikasi objektif dan senarai kandungan.
  3. Manipulasi : - bermain dengan pelbagai idea, untuk mendapat satu atau lebih penyelesaian yang mungkin, mencari pola baru untukmengolah kandungan yang berbeza daripada sesuatu yang biasa.
  4. Pengeraman : - mengambil alih proses pemikiran itu oleh mina yang separa sedar, khususnya jka penyelesaian tidak dapat dicapai.
  5. Penerangan : - Pendedahan suatu penyelesaian dengan tiba-tiba atau pola baru sebagai hasil pemikiran yang separa sedar.
  6. Penentusahan : - meneliti penyelesaian itu untuk menilai sama ada boleh dilaksanakan atau tidak, dan kemudian menerimanya sebagai yang sesuai.

Panduan Menyedia Bahan

1. Pertimbangkan khalayak (Pelajar)
2. Bina Objektif
3. Gunakan Pendekatan Pasukan
4. Cari Bahan Berkaitan
5. Ulang kaji apa yang telah anda buat
6. Sediakan Garis Panduan Kandungan

Model Teknologi Pendidikan

Model RP ASSURE (bilik darjah)
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objectives (Nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media.
U - Use media (Gunakan media)
R - Require learner response (Perlukan tindakbalas pelajar)
E - Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan

Model RP Dick & Carey (tumpuan sistem)
1. Kenal pasti matlamat pengajaran
2. Buat analisis pengajaran
3. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar
4. Tulis objektif prestasi
5. Bina item ujian rujukan kriteria
6. Bina strategi pengajaran
7. Bina atau pilih bahan pengajaran
8. Penilaian formatif
9. Semak semula pengajaran.

Domain Teknologi Pendidikan

Aktiviti:
  1. Reka bentuk mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri pelajar
  2. Pembembangan /pembinaan mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.
  3. Penggunaan mengandungi penggunaan media, penyerapan inovasi, pelaksanaan dan institutionalisasi dan polisi peraturan.
  4. Pengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan submer, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat
  5. Penilaian - analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan sumatif

Objektif Teknologi Pendidikan

Objektif TP. (khusus pengajaran dalam bilik darjah)
  1. Mengesan dan menganalisa ciri-ciri dan keperluan pendidikan pelajar
  2. Menentukan objektif khusus bilik darjah dan bermula dengan bahagian tingkahlaku.
  3. Menganalisa kandungan pengajaran dan mengatur susunannya dalam urutan yang betul.
  4. Mengesani bahan-bahan dan sumber yang bersesuaian dengan P&P.
  5. Mengesani 'nature' (keadaan semula jadi) interaksi sub-sistem, seperti pelajar-pelajar, guru, bahan P&P, kandungan pengajaran dan kaedah.
  6. Menilai keberkesanan pengajaran berdasarkan pencapaian pelajar atau perubahan tingkahlaku.
  7. Mencadangkan maklum balas yang bersesuaian kepada pelajar dan guru supaya dapat melakukan baik pulih proses P&P.

Ciri-ciri dan 'Nature' Teknologi Pendidikan

Ciri-ciri dan 'Nature' Teknologi Pendidikan (TP)
  1. TP merupakan penggunaan prinsip-prinsip saintifik kepada pendidikan
  2. TP menekankan perkembangan kaedah dan teknik untuk keberkesanan P&P.
  3. Organisasi situasi pembelajaran untuk merealisasi kesan tujuan pendidikan.
  4. Mengutamakan mereka dan mengukur alat-alat menilai hasil pembelajaran
  5. Memudahkan pembelajaran kawalan persekitaran, media dan kaedah.
  6. Melibatkan input, output dan aspek proses pendidikan.
  7. Ia tidak saja penggunaan media elektronik, ia termasuk pendekatan sistem.
  8. Satu medium penting kommunikasi.
  9. Tidak seharusnya dianggap sebagai synonym kedapa penggunaan audio visual 
  10. TP satu istilah yang padat dan ia tidak seharusnya dilihat dalam istilah bahan-bahannya atau proses. Ia termasuk 'instructional technology', 'teaching technology', program pembelajaran, pengajaran mikro dan analisa sistem dsb.

Perkembangan Teknologi Pendidikan

Terdapat 5 peringkat:
  1. Berkaitan dengan penggunaan bantuan audio-visual seperti carta, peta, 'specimen' bahan konkrit.
  2. Berkaitan dengan 'electronic revolution' yang membawa ke era hardware dan software yang cangih.
  3. Berkaitan dengan media masa yang menerajui 'revolusi kommunikasi' untuk keperluan pengajaran. CAI menjadi popular
  4. Proses pengajaran individu; penekanan kepada pembelajaran terancang dan pengajaran. Sistem pembelajaran kendiri berdasarkan bahan-bahan 'self-instructional' dan mesin mengajar.
  5. Dipengaruhi oleh konsep 'system engineering' dan pendekatan sistem. Berdasarkan ini TP adalah rekabentuk cara bersistematik, menghasilkan penilaian proses mutlak P&P dalam objektifnya berdasarkan penyelidikan.

Pendekatan Hardware/Perkakasan
Penggunaan bahan-bahan dan peralatan mekanikal.
Pendekatan ini berdasarkan penggunaan prinsip-prinsip kejuteraan untuk menghasilkan peralatan 'electromechanical'.
"is based on the application of physical sciences to education and training system which mechanizes the process of teaching generally so that teachers would be able to deal with more students, relusting lowering in the costs and economy in finances". (Davis, 1971).
Pendekatan Software / Perisian
Secara langsung berkaitan kepada psikologi pembelajaran yang mana keputusan perubahan tingkahlaku berasal/berdasar dari pengalaman,(Melton, 1959).
Ia begitu berkait rapat dengan prinsip2 moden program pembelajaran dan dicirikan dengan analisa tugas, menulis objektif2, pemilihan strategi pembelajaran yang bersesuaian, 'reinforcement' tindakbalas yang betul dan penilaian yang tetap.
Teknologi perisian biasanya merujuk kepada pendekatan berikut;
  • Instructional technology
  • Teaching T
  • Behavioural T
[Perbandingan Behavioural Technology, Teaching T dan Intructional T]
Kelebihan:
  1. Menyokong / membantu perbezaan individu
  2. Menumbang kepada jimat masa, tenaga dan sumber guru dan murid.
  3. Memotivasikan pelajar
  4. Mengembangkan minat pelajar
  5. Kontent subjet mudah difahami.
  6. Menjadikan 'subject-matter' lebih menarik
  7. Menjadikan P&P ada daya tarikan, berinspirasi dan berkesan.
  8. Menjadikan 'subject-matter' nampak hidup
  9. Menyediakan pilihan penyertaan pelajar dalam pelajaran.

Klasifikasi Teknologi Pendidikan

1. Mackenzie (1980); mengklas peralatan berdasarkan:
  • TV, makmal bahasa dan bahan audio-visual yang lain.
  • Peratalan maklumbalas termasuk mesin pengajaran
  • Peralatan 'Reprographic' seperti komputer dan bahan pembelajaran terancang/program.
2. Percibal &Ellington (1984) mengklas teknik-teknik;
  • Pengajaran secara ramai / mass
  • Pengajaran secara individu
Mass Instructional: terdapat 4 jenis.
  1. Penyiaran saluran pendidikan
  2. Penyiaran saluran komersial
  3. Sirkit tertutup yang mana pengajar digunakan untuk pengajaran sampingan atau untuk menyediakan pengajaran terus dalam kelas.
  4. Jenis terbuka dalam mana pengajar yang terhad disalurkan melalui medium sirkit tertutup sebagai mengantikan guru dikelas.
Pengajaran individu:
  1. Individu membaca bahan dan yang berkaitan.
  2. Individu mendengar dan melihat bahan; slaid, film jalur, wayang gambar dsb.
  3. Makmal bahasa
  4. Bahan bercetak khusus yang terancang.
  5. Mesin mengajar

Skop Teknologi Pendidikan

Boleh dikelas dalam tiga bidang utama.
  1. Berkaitan secara am dengan pentadbiran pendidikan.
  2. Dengan pengujian pendidikan
  3. Proses pengajaran.
Rowntra (1973):
  1. Menentukan tujuan dan objektif pembelajaran.
  2. Perancangan persekitaran pembelajaran
  3. Meneroka dan menstruktur matapelajaran
  4. Memilih strategi pengajaran dan media pembelajaran yang sesuai
  5. Menilai keberkesanan sistem pembelajaran
  6. Menggunakan celik akal dari pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan pada masa depan
Bahagian penting yang boleh dirangkumkan:
  1. Konsep dan pelbagai bidang TP
  2. Proses P&P
  3. Teknologi pengajaran individu/kendiri
  4. Pembelajaran terancang/program
  5. Model pengajaran
  6. Teori pembelajaran
  7. Pendekatan multimedia
  8. Mathetics
  9. Cyvbernetics
  10. Analisa tugasan
  11. Modul
  12. Pendekatan sistem.

Skop Teknologi

Boleh dikelas dalam tiga bidang utama.
  1. Berkaitan secara am dengan pentadbiran pendidikan.
  2. Dengan pengujian pendidikan
  3. Proses pengajaran.
Rowntra (1973):
  1. Menentukan tujuan dan objektif pembelajaran.
  2. Perancangan persekitaran pembelajaran
  3. Meneroka dan menstruktur matapelajaran
  4. Memilih strategi pengajaran dan media pembelajaran yang sesuai
  5. Menilai keberkesanan sistem pembelajaran
  6. Menggunakan celik akal dari pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan pada masa depan
Bahagian penting yang boleh dirangkumkan:
  1. Konsep dan pelbagai bidang TP
  2. Proses P&P
  3. Teknologi pengajaran individu/kendiri
  4. Pembelajaran terancang/program
  5. Model pengajaran
  6. Teori pembelajaran
  7. Pendekatan multimedia
  8. Mathetics
  9. Cyvbernetics
  10. Analisa tugasan
  11. Modul
  12. Pendekatan sistem.

Konsep Dan Makna Teknologi Pengajaran

Konsep Dan Makna Teknologi Pengajaran
- melibatkan alatan proses pengajaran dalam situasi bilik darjah, tahap pengajaran, teori2, prinsip2 operasi dan mengukuhkan hubungan antara teori2 dan prisip2 operasi pengajaran.
Sebagai konsep boleh diklaskan kepada 4 komponen.
a) Manpower
b) Methods / kaedah2
c) Materials / bahan-bahan
d) Media 

Defining the Concept:
Technology Education is an integrated, experience-based instructional program designed to prepare students to be knowledgeable about technology - its evolution, systems, technologies, utilization, and social and cultural significance. It results in the application of mathematics and science concepts to technological systems in areas such as, but not limited to: construction, manufacturing, communications, transportation, biotechnology, and power and energy. Students are challenged to discover, create, solve problems, and construct solutions by using a variety of tools, machines, computer systems, materials, processes and technological systems. 

Definisi Teknologi Pendidikan

Teknologi Pendidikan merupakan perkembangan, penggunaan dan penilaian sistem, teknik dan bantuan dalam bidang pembelajaran manusia.
(Department of Education and Science - UK).

TP menitikberat penggunaan kemahiran dan teknik moden untuk memenuhi latihan dan pendidikan. Ini termasuk kemudahan pembelajaran dengan menipulasi bahan dan kaedah, dan kawalan persekitaran sehingga ini sebagai refleksi pembelajaran.
(Unwin, D., 1969)

TP merupakan aplikasi ilmu pengetahuan saintifik mengenai pembelajaran, dan keadaan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanaan dan kecekapan P&P.
(Hadden, E.H.)

TP menekankan tentang menyediakan kesesuaian situasi pembelajaran yang telah direka dengan pegangan pandangan objektif pengajaran atau latihan membawa makna yang begitu besar.
(Richmond, W.K. , 1979).

Teknologi Pendidikan

Makna Teknologi Pendidikan
Teknologi pendidikan suatu sistem dalam pendidikan yang melibatkan (5 M's) mesin, bahan-bahan, media, orang dan keadah yang saling berkaitan antaranya dan berkerjasama untuk memenuhi objektif pendidikan tertentu.
TP bertujuan memaksimumkan kesan pendidikan dengan 'mengawal' faktor-faktor yang berkaitan sebagai tujuan pendidikan, konten, bahan-bahan pengajaran, persekitaran, 'conduct of students', tingkahlaku pengajar dan saling berhubungan antara pelajar dan pengajar.

Dalam makna yang lebih luas;
Ia berperanan memberi penekanan terhadap idea-idea pendidikan sebagai rekaan teknologi, sebabnya ia menerima perkaraan asas yang maju biasanya hasil dari interaksi 'merubah konsep' (mendahului ke cara-cara baru melihat sesuatu) dengan 'merubah teknik-teknik' (mendahului cara-cara baru melakukan sesuatu).

What is Technology Education?
Technology Education is an integrated, experience-based instructional program designed to prepare students to be knowledgeable about technology - its evolution, systems, technologies, utilization, and social and cultural significance. It results in the application of mathematics and science concepts to technological systems in areas such as, but not limited to: construction, manufacturing, communications, transportation, biotechnology, and power and energy. Students are challenged to discover, create, solve problems, and construct solutions by using a variety of tools, machines, computer systems, materials, processes and technological systems. 
[The Division of Career and Technology Education.
Montgomery County Public Schools, Rockville, Maryland.]

Teknologi & Teknologi Pendidikan

Apa Teknologi?

Dalam kes ini kita boleh melihatnya dari dua sudut;
1. Teknologi sebagai benda dan
2. Teknologi sebagai proses sosial.
(Naughton J, 1986 - Technology in Schools)

Teknologi sebagai benda merupakan penggunaan pengetahuan saintifik kepada tugas yang praktikal dengan organisasi yang melibatkan 2 M's (men and machines) orang dan mesin.
Teknologi sebagai proses sosial adalah penggunaan saintifik dan lain-lain bidang pengetahuan tersusun kepada tugas yang praktikal dengan susunan sistem berhiraki yang mana melibatkan 'men and machines'

Jadi teknologi bukan saja alat untuk perkembangan sains tetapi juga 'perubah' dalam proses sosial.

Hierra, A (1973): Teknologi merupakan suatu set peralatan dan kemahiran yang digunakan untuk memenuhi keperluan komuniti.

Teknologi boleh dijelaskan satu 'proses' - sesuatu yang mana manusia lakukan untuk menyelesaikan masalah atau untuk mencapai tujuan dan 'produk/menghasilkan' seperti peralatan-peralatan, sesuatu yang boleh dirasa dan wujud dan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kommuniti. (Alexander, R.J. ,1980).

Technology is the application of knowledge, tools and skills to solve practical problems and extend human capabilities.
"Technology - Report of the Project 2061, Phase I Technology Panel" - American Association for the Advancement of Science, 1989.

Friday, August 5, 2011

Perlaksanaan

Dalam kursus ini anda akan mengikuti beberapa aktiviti khusus. Antara aktiviti yang perlu anda ikuti atau lakukan ialah;

  • kuliah -- aktiviti-aktiviti penguasaan aspek-aspek teoritikal kandungan matapelajaran melalui pelbagai sesi persembahan, perbincangan dan juga penerangan/kuliah yang akan diberikan oleh pensyarah, dan

  • amali -- aktiviti menghasilkan sesuatu tugasan yang akan dilakukan melalui proses penerokaan dan pembinaan produk atau penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (termasuk dengan aktiviti ISL [independent self Learning]). Aktiviti tersebut akan dilakukan secara berseorangan, berpasangan atau berkumpulan. Rujukan tambahan sangat digalakkan untuk disimpan di dalam protforlio pelajar.

Segala aktiviti yang dikehendaki untuk dihasilkan dalam bentuk bercetak perlu disimpan di dalam portfolio pelajar. Bahan-bahan / media selain bercetak perlu diserahkan kepada pensyarah. Bahan dalam bentuk digital perlu disimpan di dalam CD dan diletak di dalam portfolio dan perlu diserahkan kepada pensyarah. Semua bahan-bahan dan portfolio perlu diserahkan selewat-lewatnya 2 (dua) minggu sebelum minggu ulangkaji atau apabila dikehendaki oleh pensyarah yang berkenaan.

 

Semasa pembelajaran menggunakan pakej ini khususnya, pelajar-pelajar diharapkan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaan berasaskan individu, berpasangan dan berkumpulan. Aktiviti kolaboratif sangat diharapkan dalam penggunaan pakej ini - galakkan perbincangan dan kerjasama antara anda. Pelajar juga digalakkan berbincang dengan fasilitator.

Pendekatan pelaksanaan yang digunakan dalam pakej ini ialah secara "blended learning"; iaitu satu pendekatan yang cuba mengabungkan pelbagai kaedah, media, bahan sumber, tugasan-tugasan, pembelajaran kendiri (mengikut keupayaan diri sendiri) dan bertindak secara kolaboratif. Semua proses tersebut boleh berlaku di dalam bilik darjah (makmal komputer) atau sebaliknya dan boleh berlaku dengan kehadiran pensyarah (fasilitator) atau pun tidak.

Pendekatan Carman (2002) dalam mereka bentuk "blended learning" memberi fokus kepada lima (5) ramuan 
Disamping itu semasa proses menyelesaian sesuatu persoalan, pelajar terpaksa meneroka dari pelbagai sumber sama ada dalam CD ini, di internet atau di pusat sumber. Proses penerokaan dan penemuan diharapkan pelajar akan memperolehi pengetahuan apabila bertindak seperti dalam kerangka di bawah. Dalam kes ini pelajar kenalah aktif

Penilaian

Dalam kursus ini penilaian akan dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu kerja kursus dan peperiksaan.

Pecahan kepada bahagian-bahagian tersebut ialah;

Perkara / Tugasan
Markah
1.Kerja kursusPortfolio Pelajar
20/0
KKBI - Tugasan Semester (Projek Akhir)
40/60
2.Peperiksaan
40

Portfolio Pelajar:
Mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Nota-nota ringkas kuliah dan artikel
  • Bahan-bahan edaran kursus daripada pensyarah
  • Bahan-bahan hasil pembentangan semasa aktiviti tutorial
  • Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali
  • Sumber rujukan lain berkenaan kursus
  • Struktur Portfolio
  • Refleksi individu

Guru pelatih dinasihatkan menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala masalah hendaklah berhubung dengan pensyarah yang berkaitan.

Jika anda tidak menghantar tugasan, ini akan menyebabkan anda gagal dalam kursus ini.

Sukatan

Tajuk
Kandungan
Jam
Kuliah
1.

Teknologi Pendidikan
  • Konsep
  • Domain-domain
  • Prinsip-prinsip
  • Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran

2



2.


Reka bentuk Pengajaran
  • Pengertian
  • Peranan dan kepentingan
  • Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE
  • Reka bentuk mesej
2

3.
Media Pengajaran
  • Konsep
  • Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Jenis-jenis dan k lasifikasi media

2
4.
Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran
  • Model ASSURE

2

5.
Asas Grafik
  • Prinsip
  • Reka bentuk visual
  • Peralatan penghasilan grafik

2
6.
Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi
  • Pengertian bahan 2D dan 3D
  • Jenis-jenis bahan seperti carta, graf, realia, boneka,
  • diorama

2
7.

Asas Fotografi
  • Sejarah perkembangan fotografi
  • Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
  • Jenis-jenis dan aksesori kamera
  • Jenis-jenis filem
  • Teknik penggambaran
  • Komposisi
  • Fotografi digital

2

8.
OHP dan Transparensi
  • Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
  • Pengendalian OHP
  • Kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP
  • Jenis-jenis transparensi
  • Teknik penyediaan dan persembahan transparensi

2
9.
Bahan Audio
  • Penggunaan peralatan audio
  • Perancangan dan penyediaan rakaman
  • Rakaman
  • Suntingan

2

10.
Penerbitan Video Pendidikan
  • Jenis-jenis kamera video
  • Bahagian-bahagian dan fungsi kamera video
  • Jenis-jenis syot
  • Pergerakan kamera video
  • Proses penerbitan video
  • Video digital

2





11.
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pemprosesan Perkataan
  • Persembahan Elektronik
  • Hamparan Elektronik
  • Pangkalan Data
  • Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan
  • Penghasilan pakej multi media pembelajaran
  • Penggunaan Media Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran

8
12.
Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan
  • Hak cipta terpelihara (Copyright)
  • Keselamatan
  • Kerahsiaan
  • Kawalan kendiri
2
Amali
  • Asas grafik
  • Penggunaan bahan-bahan 2D dan 3D
  • Asas fotografi
  • OHP dan transparensi
  • Bahan audio
  • Penerbitan video pendidikan
  • Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
2
4
4
2
4
4

10
 
Jumlah
60 Jam
Penilaian
Kerja Kursus (60%)

Peperiksaan Akhir (40 %)
Rujukan Asas
Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005). The systematic design of instruction (6 th ed.) New York :Pearson, Allyn and Bacon.

Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and Technologies for learning. 8 th ed.). New Jersey :Prentice Hall.

Newby, T.J, 1996. Instructional technology for teaching and learning . New Jersey : Prentice Hall.
 
Rujukan Tambahan
Joyce, B.R. (2000). Models of teaching . (6 th ed).Boston:Allyn and Bacon.

Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2 nd ed.). Canada :Thomson Wadsworth .

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan. (1996).Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Komponen teknologi pendidikan.

Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D. R.(2006). Educational technology for teaching and learning (3 th ed.) . Ohio :Merill Prentice Hall.

Yusuf Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.