Friday, August 5, 2011

Pengenalan

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi sesuatu yang telah wujud sejak dari zaman kewujudan tamadun manusia - sesuatu yang rapat dengan kehidupan manusia. Teknologi sesuatu yang berkembang mengikut peredaran zaman -- sangat berkait rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Kini ia sangat membantu dalam proses pembelajaran kita!

Bagaimana pula dengan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? Adakah ia memberi makna yang signifikan kepada diri anda? Sama ada sedar atau tidak anda telah pun mengalami proses pembelajaran yang melibatkan pelbagai bentuk integrasi, misalnya integrasi bahasa, nilai, bahan atau media dan subjek tertentu dalam sesuatu subjek yang dipelajari.

Aplikasi integrasi telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah dalam sistem pendidikan kita. Tetapi apabila kita menyebutkan atau menggalakkan "integrasi teknologi atau ICT dalam P&P" ia seolah-olah sesuatu yang asing dan menyukarkan. Halangan minda ini merupakan satu bentuk helah bela diri untuk menbenarkan diri kita supaya tidak beranjak dari "zon selesa" kepada zon yang baru. Sikap ini yang selalunya menghalang diri kita untuk lebih berjaya. Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P bukan lah sesuatu yang sukar - malah ia lebih banyak membantu diri seseorang guru dan anak muridnya dalam proses P&P.

0 comments:

Post a Comment