This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Perlaksanaan

Dalam kursus ini anda akan mengikuti beberapa aktiviti khusus. Antara aktiviti yang perlu anda ikuti atau lakukan ialah;

  • kuliah -- aktiviti-aktiviti penguasaan aspek-aspek teoritikal kandungan matapelajaran melalui pelbagai sesi persembahan, perbincangan dan juga penerangan/kuliah yang akan diberikan oleh pensyarah, dan

  • amali -- aktiviti menghasilkan sesuatu tugasan yang akan dilakukan melalui proses penerokaan dan pembinaan produk atau penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (termasuk dengan aktiviti ISL [independent self Learning]). Aktiviti tersebut akan dilakukan secara berseorangan, berpasangan atau berkumpulan. Rujukan tambahan sangat digalakkan untuk disimpan di dalam protforlio pelajar.

Segala aktiviti yang dikehendaki untuk dihasilkan dalam bentuk bercetak perlu disimpan di dalam portfolio pelajar. Bahan-bahan / media selain bercetak perlu diserahkan kepada pensyarah. Bahan dalam bentuk digital perlu disimpan di dalam CD dan diletak di dalam portfolio dan perlu diserahkan kepada pensyarah. Semua bahan-bahan dan portfolio perlu diserahkan selewat-lewatnya 2 (dua) minggu sebelum minggu ulangkaji atau apabila dikehendaki oleh pensyarah yang berkenaan.

 

Semasa pembelajaran menggunakan pakej ini khususnya, pelajar-pelajar diharapkan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaan berasaskan individu, berpasangan dan berkumpulan. Aktiviti kolaboratif sangat diharapkan dalam penggunaan pakej ini - galakkan perbincangan dan kerjasama antara anda. Pelajar juga digalakkan berbincang dengan fasilitator.

Pendekatan pelaksanaan yang digunakan dalam pakej ini ialah secara "blended learning"; iaitu satu pendekatan yang cuba mengabungkan pelbagai kaedah, media, bahan sumber, tugasan-tugasan, pembelajaran kendiri (mengikut keupayaan diri sendiri) dan bertindak secara kolaboratif. Semua proses tersebut boleh berlaku di dalam bilik darjah (makmal komputer) atau sebaliknya dan boleh berlaku dengan kehadiran pensyarah (fasilitator) atau pun tidak.

Pendekatan Carman (2002) dalam mereka bentuk "blended learning" memberi fokus kepada lima (5) ramuan 
Disamping itu semasa proses menyelesaian sesuatu persoalan, pelajar terpaksa meneroka dari pelbagai sumber sama ada dalam CD ini, di internet atau di pusat sumber. Proses penerokaan dan penemuan diharapkan pelajar akan memperolehi pengetahuan apabila bertindak seperti dalam kerangka di bawah. Dalam kes ini pelajar kenalah aktif

Penilaian

Dalam kursus ini penilaian akan dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu kerja kursus dan peperiksaan.

Pecahan kepada bahagian-bahagian tersebut ialah;

Perkara / Tugasan
Markah
1.Kerja kursusPortfolio Pelajar
20/0
KKBI - Tugasan Semester (Projek Akhir)
40/60
2.Peperiksaan
40

Portfolio Pelajar:
Mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Nota-nota ringkas kuliah dan artikel
  • Bahan-bahan edaran kursus daripada pensyarah
  • Bahan-bahan hasil pembentangan semasa aktiviti tutorial
  • Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali
  • Sumber rujukan lain berkenaan kursus
  • Struktur Portfolio
  • Refleksi individu

Guru pelatih dinasihatkan menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala masalah hendaklah berhubung dengan pensyarah yang berkaitan.

Jika anda tidak menghantar tugasan, ini akan menyebabkan anda gagal dalam kursus ini.

Sukatan

Tajuk
Kandungan
Jam
Kuliah
1.

Teknologi Pendidikan
  • Konsep
  • Domain-domain
  • Prinsip-prinsip
  • Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran

2



2.


Reka bentuk Pengajaran
  • Pengertian
  • Peranan dan kepentingan
  • Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE
  • Reka bentuk mesej
2

3.
Media Pengajaran
  • Konsep
  • Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Jenis-jenis dan k lasifikasi media

2
4.
Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran
  • Model ASSURE

2

5.
Asas Grafik
  • Prinsip
  • Reka bentuk visual
  • Peralatan penghasilan grafik

2
6.
Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi
  • Pengertian bahan 2D dan 3D
  • Jenis-jenis bahan seperti carta, graf, realia, boneka,
  • diorama

2
7.

Asas Fotografi
  • Sejarah perkembangan fotografi
  • Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
  • Jenis-jenis dan aksesori kamera
  • Jenis-jenis filem
  • Teknik penggambaran
  • Komposisi
  • Fotografi digital

2

8.
OHP dan Transparensi
  • Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
  • Pengendalian OHP
  • Kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP
  • Jenis-jenis transparensi
  • Teknik penyediaan dan persembahan transparensi

2
9.
Bahan Audio
  • Penggunaan peralatan audio
  • Perancangan dan penyediaan rakaman
  • Rakaman
  • Suntingan

2

10.
Penerbitan Video Pendidikan
  • Jenis-jenis kamera video
  • Bahagian-bahagian dan fungsi kamera video
  • Jenis-jenis syot
  • Pergerakan kamera video
  • Proses penerbitan video
  • Video digital

2





11.
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pemprosesan Perkataan
  • Persembahan Elektronik
  • Hamparan Elektronik
  • Pangkalan Data
  • Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan
  • Penghasilan pakej multi media pembelajaran
  • Penggunaan Media Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran

8
12.
Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan
  • Hak cipta terpelihara (Copyright)
  • Keselamatan
  • Kerahsiaan
  • Kawalan kendiri
2
Amali
  • Asas grafik
  • Penggunaan bahan-bahan 2D dan 3D
  • Asas fotografi
  • OHP dan transparensi
  • Bahan audio
  • Penerbitan video pendidikan
  • Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
2
4
4
2
4
4

10
 
Jumlah
60 Jam
Penilaian
Kerja Kursus (60%)

Peperiksaan Akhir (40 %)
Rujukan Asas
Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005). The systematic design of instruction (6 th ed.) New York :Pearson, Allyn and Bacon.

Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and Technologies for learning. 8 th ed.). New Jersey :Prentice Hall.

Newby, T.J, 1996. Instructional technology for teaching and learning . New Jersey : Prentice Hall.
 
Rujukan Tambahan
Joyce, B.R. (2000). Models of teaching . (6 th ed).Boston:Allyn and Bacon.

Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2 nd ed.). Canada :Thomson Wadsworth .

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan. (1996).Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Komponen teknologi pendidikan.

Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D. R.(2006). Educational technology for teaching and learning (3 th ed.) . Ohio :Merill Prentice Hall.

Yusuf Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.



 

Matlamat Pembelajaran

Matlamat

Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertujuan menyediakan bakal-bakal guru dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan dengan memberi penekanan kepada aspek teoritikal, kemahiran menghasilkan bahan dan media P&P, dan seterusnya berupaya menggunakan teknologi yang ada supaya dapat diintegrasikan dalam proses P&P.


Hasil Pembelajaran:
Diakhir kursus ini peserta-peserta diharap dapat dan berupaya;

i. menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan.
ii. memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan
iii. menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran
iv. mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbaai media dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran
v. mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
vi. menilai keberkesanan penggunaan media penngajaran
vii. mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab

Falsafah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Pengenalan

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi sesuatu yang telah wujud sejak dari zaman kewujudan tamadun manusia - sesuatu yang rapat dengan kehidupan manusia. Teknologi sesuatu yang berkembang mengikut peredaran zaman -- sangat berkait rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Kini ia sangat membantu dalam proses pembelajaran kita!

Bagaimana pula dengan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? Adakah ia memberi makna yang signifikan kepada diri anda? Sama ada sedar atau tidak anda telah pun mengalami proses pembelajaran yang melibatkan pelbagai bentuk integrasi, misalnya integrasi bahasa, nilai, bahan atau media dan subjek tertentu dalam sesuatu subjek yang dipelajari.

Aplikasi integrasi telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah dalam sistem pendidikan kita. Tetapi apabila kita menyebutkan atau menggalakkan "integrasi teknologi atau ICT dalam P&P" ia seolah-olah sesuatu yang asing dan menyukarkan. Halangan minda ini merupakan satu bentuk helah bela diri untuk menbenarkan diri kita supaya tidak beranjak dari "zon selesa" kepada zon yang baru. Sikap ini yang selalunya menghalang diri kita untuk lebih berjaya. Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P bukan lah sesuatu yang sukar - malah ia lebih banyak membantu diri seseorang guru dan anak muridnya dalam proses P&P.

Mukadimah

Penggunaan teknologi atau ICT dalam P&P , bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan teknologi atau ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses P&P . Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Aplikasi/integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran teknologi atau ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media P&P yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .

Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas.


Dalam proses kita menentukan bahan-bahan (media, perisian atau pakej) yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kita seharus juga mengetahui beberapa konsep yang berkaitan penggunaan komputer / ICT dalam P&P; Antaranya PPBK, CAL , e-learning , internet dalam P&P , dan intranet dan sebagainya.

Kemudian kita sehaursnya berupaya menilai bahan-bahan P&P mengikut kaca mata (dari sudut perspektif tertentu). Untuk itu elok kita kenal bagaimana menilai sesuatu bahan P&P dan proses penilaiannya , dan dapat menggunakan instrumen penilaian yang bersesuaian.