This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, August 5, 2011

Matlamat Pembelajaran

Matlamat

Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertujuan menyediakan bakal-bakal guru dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan dengan memberi penekanan kepada aspek teoritikal, kemahiran menghasilkan bahan dan media P&P, dan seterusnya berupaya menggunakan teknologi yang ada supaya dapat diintegrasikan dalam proses P&P.


Hasil Pembelajaran:
Diakhir kursus ini peserta-peserta diharap dapat dan berupaya;

i. menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan.
ii. memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan
iii. menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran
iv. mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbaai media dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran
v. mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
vi. menilai keberkesanan penggunaan media penngajaran
vii. mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab

Falsafah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Pengenalan

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi sesuatu yang telah wujud sejak dari zaman kewujudan tamadun manusia - sesuatu yang rapat dengan kehidupan manusia. Teknologi sesuatu yang berkembang mengikut peredaran zaman -- sangat berkait rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Kini ia sangat membantu dalam proses pembelajaran kita!

Bagaimana pula dengan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? Adakah ia memberi makna yang signifikan kepada diri anda? Sama ada sedar atau tidak anda telah pun mengalami proses pembelajaran yang melibatkan pelbagai bentuk integrasi, misalnya integrasi bahasa, nilai, bahan atau media dan subjek tertentu dalam sesuatu subjek yang dipelajari.

Aplikasi integrasi telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah dalam sistem pendidikan kita. Tetapi apabila kita menyebutkan atau menggalakkan "integrasi teknologi atau ICT dalam P&P" ia seolah-olah sesuatu yang asing dan menyukarkan. Halangan minda ini merupakan satu bentuk helah bela diri untuk menbenarkan diri kita supaya tidak beranjak dari "zon selesa" kepada zon yang baru. Sikap ini yang selalunya menghalang diri kita untuk lebih berjaya. Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P bukan lah sesuatu yang sukar - malah ia lebih banyak membantu diri seseorang guru dan anak muridnya dalam proses P&P.

Mukadimah

Penggunaan teknologi atau ICT dalam P&P , bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan teknologi atau ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses P&P . Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Aplikasi/integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran teknologi atau ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media P&P yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .

Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas.


Dalam proses kita menentukan bahan-bahan (media, perisian atau pakej) yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kita seharus juga mengetahui beberapa konsep yang berkaitan penggunaan komputer / ICT dalam P&P; Antaranya PPBK, CAL , e-learning , internet dalam P&P , dan intranet dan sebagainya.

Kemudian kita sehaursnya berupaya menilai bahan-bahan P&P mengikut kaca mata (dari sudut perspektif tertentu). Untuk itu elok kita kenal bagaimana menilai sesuatu bahan P&P dan proses penilaiannya , dan dapat menggunakan instrumen penilaian yang bersesuaian.